Friday, August 19, 2011

Kelebihan Orang Alim


Bismillahirrohmanirrahim...alhamdulillah....kita masih diberi kekuatan,kesihatan yang sihat,diberi peluang untuk mengukuhkan lagi keimanan kita kepada allah s.w.t,dimana allah s.w.t sentiasa memberi peluang kepada hambanya yg beriman kepadanya..sepertimana yang diriwayatkan didalam hadis Daripada Abu Amamah r.a berkata: Telah disebut disisi Rasulullah s.a.w dua orang lelaki. Pertama orang yang abid (ahli ibadat) dan kedua orang yang alim. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti
kelebihanku atas yang paling rendah daripadamu”.maksudnya kita haruslah bertaqwa kepada allah dengan sebenar-benar taqwa.dengan niat bersungguh2..insyaallah... kita akan dapat apa yang dinyatakan didalam hadis tersebut..
Assalammualaikum kepada semua pelawat yang melawati blog ini.Semoga kita bolah berkongsi ilmu berkaitan duniawi dan ukhrawi.Dimana seperti yang telah dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Bara yaitu Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina,kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut”.Ini membuktikan bahawa ilmu wajib dituntut tidak kira dimana sahaja.Ilmu jua akan sntiasa mndampingi kita ketika kita hidup atau selepas meninggal dunia.Didalam hadis yang lain menyatakan yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yaitu Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya sudah tentu Allah menjadikannya
seorang yang mengerti dengan hal-hal agama”..kesimpulannya,marilah kita sama-sama menuntut ilmu ketika masih bernyawa..semoga allah sentiasa merahmati kita didunia dan akhirat...amin.... =)